BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand berjaya melakukan rampasan terbesar dadah jenis methamphetamine bernilai 700 juta baht (RM86.7 juta), kata polis hari ini.

Rampasan itu selaras dengan kesungguhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran bahawa Asia Tenggara kini dibanjiri dadah dari kawasan ‘Segi Tiga Emas’.

Polis berkata, dadah seberat 700 kilogram yang dikenali sebagai ‘ais’ itu berjaya dirampas pada 28 Mac lalu di selatan Wilayah Chumpon, sebelum dihantar ke Malaysia.

Dadah berkenaan dihasilkan di wilayah Segi Tiga Emas yang bersempadan dengan Thailand, Myanmar dan Laos.

Dua individu, masing-masing seorang warga Thailand dan warga Malaysia, ditahan berhubung rampasan itu.

Difahamkan, pasaran methamphetamine berkembang pada tahap amat membimbangkan di Asia Tenggara.

Pada 2015, pakar di beberapa negara serantau melaporkan peningkatan penggunaan methamphetamine kristal dan pil methamphetamine. – Reuters