IPOH: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta di sini, ditutup dengan rasmi mulai jam 6 petang, hari ini.

Pegawai Daerah merangkak Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, penutupan itu dibuat setelah mendapat nasihat dan meniliti keadaan kawasan berlaku bencana banjir telah beransur baik dan semua mangsa telah kembali ke rumah masing-masing.

PPS itu yang dibuka jam 2.30 pagi semalam menempatkan 12 mangsa banjir dari dua keluarga di kampung tersebut.

Ekoran penutupan itu, proses sanitasi turut dijalankan di kawasan tersebut.

Meor Hezbullah merakamkan setinggi-penghargaan dan terima Kasih kepada semua agensi kerajaan, Penghulu, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak yang bertungkus-lumus terlibat membantu dan menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang ia beroperasi.