Setelah sekian lama mengekalkan harga, syarikat pengeluar produk berasaskan roti, Gardenia akan menaikkan harga rangkaian produk mereka mulai 1 Disember ini.

Menurut Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, Koh Chin Huat, peningkatan harga produk yang dikenakan kepada pelanggan Gardenia di Semenanjung Malaysia itu mengambil kira faktor kenaikan kos akibat penularan COVID-19.

“Peningkatan besar dalam pembuatan dan kos bahan di luar kawalan kami telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa alternatif kecuali melaksanakan semakan harga ke atas produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember 2021,” jelasnya.

Seperti kebanyakan syarikat, Gardenia dikatakan turut terjejas dan menurut Koh pihak Gardenia KL telah berusaha semaksimal mungkin untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.

Berikut adalah senarai produk keluaran Gardenia yang terlibat dengan kenaikan harga dan harga baharu produk-produk berkenaan mulai 1 Disember ini:

Classic Original Gardenia – RM2.80
Roti Jumbo – RM4
Roti bajet Bonanaza Big Value – RM3.10
Roti bijirin gandum penuh Gardenia – RM3.60
Roti Bran & WheatGerm – RM2.50
Rangkaian roti Delicia dan Toast-em (Butterscotch, Choco Raisin, Raspberry Milk dan Cranberries, Pandan Kelapa) – RM5
Roti sambal bilis – RM1.30
Roti krim Quick Bites – RM1