IPOH, 16 Jun – Sebuah rumah dan empat buah motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Ulu Kuang, dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 11.17 pagi.

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dengan dibantu jentera dari BBP Sungai Siput dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Chemor.

“Setibanya ke lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kekad B musnah terbakar 50 peratus bersam empat buah motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Menurutnya, anggota menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan untuk memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi yang diketuai Ketua BBP Ipoh, Timbalan Penguasa Bomba Azmqn Hussin tamat pada 1.26 tengahari.