IPOH, 3 Dis – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai – Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Operasi diteruskan bagi mengesahkan sama ada masih terdapat mangsa atau kenderaan lain yang terperangkap.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, aperasi yang disambung semula dengan kerja-kerja pembersihan.

“Sekiranya dah selesai kerja pembersihan, kita akan gerakkan Unit K9 yang mana kita mungkin akan gerakkan dua kali.

“Kita buat kerja-kerja pencarian kali pertama, bila tak ada, keputusannya negatif, lepas tu seterusnya kita akan membuat kerja pembersihan sekali lagi, lepas tu baru kita akan buat kerja-kerja untuk pengesahan kali kedua.

“Sekiranya pengesahan kali kedua tu menunjukkan negatif, so dekat situ nanti kita akan deside lah sama ada kita nak teruskan atau pun kita tamatkan saja operasi ni lah,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh, di sini, hari ini.

Operasi hari kedua bermula jam 8 pagi itu melibatkan khidmat dua anjing pengesan dengan kekuatan 139 anggota termasuk jabatan dan agensi penyelamat lain.

Cuaca hujan sedikit mengganggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan kerana dikhuariti berlakunya pergerakan tanah dan runtuhan.

Menurut Muhamad Shahrizal, runtuhan setinggi antara lima ke tujuh meter turut menyukarkan anjing pengesan mengesan mangsa yang tertimbus.