KUALA LUMPUR, 5 April: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa memohon ruang daripada semua pihak untuk dia menyelesaikan isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) secara profesional dan privasi.

“Saya minta ruang untuk menyelesaikan isu ini secara profesional dan privasi tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Saya tak mahu ulas panjang. Tak mahu memudaratkan keadaan.

“Saya juga tak perlu memberi sebarang justifikasi atas setiap tindak tanduk dan menyelesaikan isu ini dengan pihak berkuasa sahaja secara profesional,” katanya.

Neelofa berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis menandatangani momerandum kerjasama antara Fipper dan The Noor.

Neelofa dan suaminya, Haris sebelum ini dikecam hebat apabila didakwa melanggar SOP merentas negeri untuk berbulan madu namun pihak Chatime menerusi satu kenyataan menyatakan tujuan pasangan itu ke Langkawi adalah atas tujuan kerja.

Namun perkongsian Neelofa menerusi Instastorynya yang menunjukkan dia ‘berjalan-jalan’ sekitar Langkawi menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet. – Utusan Online