IPOH, 4 DIS : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan untuk menangguhkan sidang DUN negeri itu ke Rabu depan, 9 November.

Mohamad Zahir mengambil keputusan tersebut susulan usul undi percaya yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul tersebut.

Beliau berkata urusan memaklumkan keputusan usul percaya tersebut perlu dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah oleh beliau sendiri dan juga Faizal Azumu.