PETALING JAYA, 28 Julai: ‘Kerajaan mengambil sikap tunggu dan lihat ketika negara lain sudah membuat komitmen tempahan awal’.

Itu tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) mengenai kelewatan kerajaan membuat komitmen perolehan awal untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sehingga jumlah kes positif wabak itu meningkat ketara.

“Ada negara yang cepat program vaksin mereka kerana mereka buat dulu komitmen perolehan.

“Pertimbangan mereka adalah penghantaran paling awal sebab persaingannya sengit. Namun, kita terlepas yang itu sebab tidak membuat tempahan awal,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE