IPOH, 8 April – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, memberi perkenan meringankan hukuman seorang banduan daripada penjara sepanjang hayat kepada penjara seumur hidup.

Menurut beliau, sebanyak sembilan rayuan telah dipersembahkan untuk pertimbangan baginda.

“Selepas mempertimbangkan laporan daripada Jabatan Penjara Malaysia, ulasan Peguam Negara serta pandangan dipersembahkan ahli Lembaga Pengampunan, baginda berpuas hati bahawa hukuman yang dilalui oleh seorang banduan telah memberi pengajaran berguna kepada banduan itu untuk berubah dan seterusnya berkelakuan baik.

“Baginda dengan itu menitahkan seorang banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup berkuat kuasa 6 April 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Suaidi, baginda juga menitahkan nasihat bahawa sesuatu hukuman dijatuhkan adalah bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara didaulatkan.

“Pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman diputuskan oleh mahkamah, akan hanya dipertimbangkan apabila seseorang banduan menunjukkan sifat insaf, sedar dan menyesal akan kesalahan yang dilakukan.

“Selain itu, terbukti berkelakuan baik ketika berada dalam tahanan dan menunjukkan azam serta berikrar untuk memulakan penghidupan baharu, lalu memohon budi bicara baginda untuk dikurniakan keampunan,” ujarnya.