PETALING JAYA, 10 Mei: Kira-kira 2,800 temujanji untuk suntikan vaksin AstraZeneca di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) akan dijadualkan semula ke tarikh lain.

Menteri Penyelaras program vaksin Khairy Jamaluddin berkata ia membabitkan mereka yang dijadualkan menerima suntikan pada 15 dan 16 Mei.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan kesesakan di pusat vaksinasi, berikutan peningkatan jumlah kes harian Covid-19.

“2,800 temujanji akan dijadualkan semula dari 17 hingga 23 Mei nanti. Mereka akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera mulai esok,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini. – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL