LUMUT, 9 Mei – Sumbangan Aidilfitri Tabung Amanah Maritim (TAMAR) telah dilaksanakan sejak tahun 2016 yang bertujuan menjaga kebajikan balu bekas anggota-anggota Maritim Malaysia.
 

Menurut Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, sempena bulan Ramadan kali ini, kedua-dua pihak mengambil peluang untuk bekerjasama dalam melaksanakan sumbangan.

Katanya, ini merupakan inisiatif pertama Koperasi Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada warga Maritim Malaysia.

“Sumbangan berbentuk wang ringgit ini disasarkan kepada 10 keluarga waris yang digerakkan oleh anggota Maritim Malaysia secara serentak di seluruh negara Malaysia khasnya sepanjang Ramadan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
 

Shahrizan berkata, dengan sumbangan itu, diharap dapat meringankan beban dan  menceriakan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.