KERETA yang aku pandu berdesup laju menuju ke Bukit Badak, Klang untuk penggambaran episod pertama, Detik 12 Malam, terbitan TV3. Tempat perjumpaan team produksi di sebuah kedai makan. Aku sampai lebih kurang jam 6.30 petang. Lepas makan aku pun diterangkan sekali lagi tentang format rancangan serta tugasan hari ini…