Terima rasuah: Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda
KUALA LUMPUR: Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda RM1,500 sehingga RM2,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah hari ini. Lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) masing-masing didenda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalah guna kuasa mengenai pendaftaran akaun baharu e-Perolehan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada…
Kes rasuah ketirisan perolehan kerajaan semakin kritikal – Azam Baki
PUTRAJAYA: Kes rasuah melibatkan ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam dilihat semakin kritikal, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki. Tanpa mendedahkan statistik berkenaan, beliau berkata hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku melibatkan agensi-agensi kerajaan. “Saya boleh katakan…
Pengarah jabatan MBSA direman 6 hari
PUTRAJAYA: Seorang pengarah jabatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah kerana disyaki melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di sekitar Sungai Buloh. Perintah reman bermula hari ini hingga Rabu depan dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul…
Lindungi premis tanpa lesen: Tiga penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah ribuan ringgit
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 sehingga RM3,500 secara bulanan, bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar daerah itu. Tiga suspek berkenaan berusia antara…
Pegawai kanan RTM direman berhubung tuntutan palsu dana zakat
SHAH ALAM: Dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) direman sembilan hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan wang daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, kedua-dua pegawai wanita berusia 37 tahun dan 40 tahun itu…
Jakim nafi tuduhan pegawainya terlibat rasuah
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan sebuah portal luar negara mendakwa berlakunya rasuah melibatkan pegawainya berkaitan pensijilan halal di Malaysia. Ketua pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, Jakim mempunyai mekanisme kawalan dan mengamalkan sistem integriti tinggi dan telus bagi mengelakkan berlakunya…
Peniaga didakwa beri suapan kepada polis
IPOH 28 Mei – Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan suapan kepada anggota polis berjumlah RM5,000 bagi mengelak daripada diambil tindakan menyimpan rokok seludup, dua tahun lalu. Tertuduh, Loo Che Ming, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah…
Musa Aman kekal pengakuan tidak bersalah 35 tuduhan rasuah, 16 pengubahan wang haram
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah dan 16 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih AS$37.8 juta dan S$2.5 juta, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini….
Bung Moktar didakwa tiga tuduhan rasuah
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA) empat tahun lalu. Bung Moktar membuat pengakuan itu…
2 mengaku tidak bersalah keluarkan sijil ijazah palsu
SHAH ALAM: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah RM3,000 bagi mengeluarkan sijil ijazah palsu sebuah universiti swasta, awal tahun lalu. C Vijayakumar dan Mark Aaron Pious, masing-masing berusia 34 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim…
Stay connected