KUALA LUMPUR, 18 JAN : Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin (18 Januari), sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, pelanggan dinasihatkan menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan sekiranya mempunyai pertanyaan dan masalah berkaitan dengan BPR.

“Buat masa ini, semua pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan.

“Pelanggan juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, Permohonan Baharu dan Kemas kini maklumat BPR,” demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, pendaftaran MyBPR boleh dibuat menerusi pautan https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf.

Manakala bagi permohonan baharu dan kemaskini pula di https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf.

Sebelum ini, LHDN memaklumkan tempoh permohonan dan kemas kini BPR 2021 bermula dari 15 Januari sehingga 15 Februari depan. – AWANI