SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkuat kuasa hari ini.

Dalam surat pelantikan tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, skop tugasan dan tanggungjawab jawatan itu akan dimaklumkan kelak.

“Saya percaya, Datuk Seri (Tajuddin) dapat memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya dapat membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU15 akan datang,” katanya.