KUALA LUMPUR, 16 FEB : Bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Jelas beliau, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari.

“Pada hari yang sama juga, saya akan menerima suntikan COVID-19 bersama petugas barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. – AWANI